Wednesday, October 20, 2010

Pengalaman pelajar baru semasa di Yarmouk tahun 1995

Maka tersebutlah satu kisah dahulu kala...kami bertiga pergi minum di sebuah restoran familiar di pekan Irbid. setibanya di restoran kami terus pesan Asir (Jus Buah) ..time tu musim Soifi (musim panas),ada yang order Asir burtuqal (fresh orange) dan macam-macam lagilah...tiba kat mamat sorang ni di pun order Asir kegemarannya.. jus carrot...in arabic Asir Jazar sepatutnya...tapi lain pulak yang disebutnya dia sebut Asir Ghazal....naik pening pelayan restoran tu nak terima pesanan mamat ni..so dia pun panggil pelayan lain suruh tanya semula budak malaysia ni sebenornya nak minum apa awak ni?  kawan saya ni pun bengang lah kat pelayan tu apesal korang tak paham2 lagi kan aku kata aku nak Asir Ghazal....(dgn nada marah) so pelayan tu pun inform kat kawan saya lagi sepanjang pengalaman kerja jadi pelayan belum pernah ada customer mintak Asir Ghazal...kawan saya ni lagilah naik hanginnya dia terus ke belakang restoren tunjuk kat pelayan arab tu ni dia Asir Ghazal...pelayan arab tu yg sejak tadi kebingungan terus ketawa bagai nak rak...mana taknya rupanya kawan saya ni dah tersilap cakaplah beb bukannya Asir Ghazal...tapi Asir Jazar sebab Ghazal tu maknanya RUSAA......mahu tak biul pelayan arab tu nak buat Jus daging rusa... takpe learn from mistake...